only need to run to India, US, Hongkong, Australia or Thailand. Things we think not possible will be made possible by those earnest in supporting the Bolehland…where the motto is: do as we please…without explanation…

————————————————————–

Balbir Kaur dihapus dari ‘senarai dikehendaki’ Interpol

Utusan Online

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Nama Balbir Kaur, yang melanggar ikat jaminan 20 tahun lepas untuk mengelak dakwaan rasuah dan melarikan diri dan berlindung di India, kini tidak lagi tersenarai dalam buruan Interpol.

Seorang pegawai kanan polis berkata nama bekas majistret itu dipadamkan dari ‘Senarai Yang Dikehendaki’ Interpol tempatan, kira-kira dua bulan lalu.

Ini berikutan arahan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya nama Balbir, berusia 49 tahun itu dihapuskan dari ‘Notis Merah’ bahagian Interpol Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.

Pegawai polis berkata, ini bererti tidak ada tindakan selanjutnya akan diambil terhadap Balbir, yang dipercayai menetap di Chandigarh, India, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Pada 1987, Balbir ditangkap oleh BPR kerana dikatakan menerima RM25,000 sebagai sogokan bagi melepaskan tiga warga Indonesia yang menghadapi tuduhan di bawah Akta Kastam.

Apabila ditawarkan ikat jamin, beliau melarikan diri.

Adalah difahamkan Balbir, yang sekarang memakai nama Daljit Kaur, telah mendirikan rumah tangga dengan seorang warga India di sebuah kawasan mewah di Chandigarh (India). Pasangan itu mempunyai tiga anak dewasa.

Chandigarh ialah ibu pentadbiran negeri Punjab dan Hariyana.

India merupakan satu daripada lima negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. Negara lain ialah Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Thailand.

– Bernama

Leave a Reply