Come again…RM8 billion difference is nothin’ much?
September 13, 2007
Malaysiakni.com reported in “Budget deficit – going up or down?” that there seemed to be an RM8 billion difference in the calculation of budget deficits – between the Treasury’s Economic Report 2007/2008 and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s budget allocation for development spending…”
“Some analysts however told malaysiakini that the discrepancies don’t mean much as the Economy Report figures are just projections.” Well, budgets are to some extent prepared based on projections…How could these analysts (whoever they are) say that RM8 billion difference is nothing much? What kind of analysts are they? RM8 billion is a LOT of money for a lot of us simple people. If indeed it was a miscalcualtion, there would follow serious implications…spending more than we have, as we lay people understand it, will always lead to a lot of difficulties and unhappiness…(well, another thing is, if the budget team cannot do the plus-sing and minus-sing correctly, what hope do we all have in them properly running the country’s economic system?)
As usual, we have to wait a long while before any concrete explanation is given.
So eager for the US$100 million!
September 13, 2007
for a political team,that rules the country, that has an absence of R & D culture across the board, and top to bottom…it’s another proof of a pathetic mindset…
——————————————————————————————————————–
Malaysia tawar jadi pusat ERIA
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Malaysia secara rasmi menawarkan diri menjadi pusat bagi penubuhan Institut Penyelidikan Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA) yang dicadangkan oleh Jepun dengan peruntukan AS$100 juta (RM350 juta).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Malaysia yang mendapat sokongan daripada China semalam, telah pun menyerahkan surat bidaan berhubung tawaran itu kepada kerajaan Jepun bulan lalu.
Beliau berkata, tawaran tersebut dibuat ketika negara Matahari Terbit itu sedang mencari lokasi sesuai untuk menempatkan ERIA.
Selain Malaysia, ujarnya, beberapa negara lain turut menawarkan diri untuk menjadi lokasi kepada penubuhan institut penyelidikan yang dianggap penting itu.
‘‘Kabinet telah pun bersetuju (Malaysia dijadikan lokasi ERIA) dan kita berharap Jepun akan menimbangkan Malaysia.
‘‘Ini kerana, Malaysia mempunyai infrastruktur sokongan yang baik. Kita juga mempunyai universiti-universiti dan institusi-institusi penyelidikan yang boleh melengkapkan kerja-kerja pusat itu,’’ katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa tajaan syarikat Panasonic kepada tiga pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di universiti terkemuka Jepun.
Mereka ialah Noel Faizal Firdaus Muhamad, 24, dan Andrea Saw Kee Hong, 27, yang akan menuntut dalam bidang teknologi maklumat, dan Bay Mui Nee, 27, dalam bidang sains genetik. Biasiswa itu bernilai RM220,000 seorang bagi tempoh tiga tahun pengajian.
Turut hadir, Setiausaha Satu Bagi Pendidikan Kedutaan Jepun, Naoto Fukabori, Presiden Panasonic Scholarship Inc., Tsutomu Shimada dan Pengarah Panasonic Management Malaysia Sdn. Bhd., Akira Hashimoto.
Rafidah berkata, penubuhan ERIA di Malaysia akan menjadikan negara ini pusat kepada aktiviti penyelidikan terutama yang mempunyai relevan kepada integrasi ASEAN dan integrasi ekonomi ASEAN.
Penubuhan institut penyelidikan itu juga, katanya, akan memberi kesan serta limpahan secara langsung kepada ekonomi negara khususnya sektor swasta.
‘‘Ia juga akan menokok-tambah kepada keupayaan penyelidikan oleh para penyelidik kita sendiri. Ini kerana, mereka akan menggunakan tenaga fikir rakyat Malaysia kerana penyelidikan yang dilakukan bukan sahaja penyelidikan akademik tetapi penyelidikan ekonomi mengenai pasaran, industri dan sebagainya,’’ katanya.
Rafidah berkata, kerajaan berharap Kuala Lumpur akan dipilih memandangkan belum ada sekretariat serantau seumpamanya ditempatkan di negara ini.
‘‘Kita berharap mereka akan memberi pertimbangan kerana Malaysia tidak mempunyai masalah untuk memberi tapak kepada penubuhan institut penyelidikan itu,’’ katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm