3 koridor pembangunan akan dilancar

KUALA LUMPUR 10 Julai – Kerajaan bakal melancarkan Wilayah Pembangunan Koridor Utara, Koridor Pantai Timur serta Koridor Pertumbuhan Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua bulan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan pembangunan di wilayah-wilayah berkenaan sudah hampir siap dan kini hanya memerlukan penelitian terakhir.

‘‘Saya menjangkakan pelan pembangunan ini dapat disiapkan tidak lama lagi,’’ katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perniagaan Meja Bulat Economist dan Kerajaan Malaysia di sini hari ini.

Pembentukan tiga wilayah koridor ekonomi itu dicadangkan dalam Bajet 2007 bagi mengurangkan jurang pertumbuhan ekonomi antara wilayah serta antara bandar dan luar bandar.

Pembangunan bagi Koridor Utara yang meliputi Kedah, Perlis, Seberang Perai dan Perak Utara bakal diterajui oleh Sime Darby Bhd. manakala pembangunan Koridor Pantai Timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang dijalankan oleh Petronas.

Menurut Perdana Menteri, pelan pembangunan itu kemudian akan dibentangkan kepada sultan-sultan dan yang dipertua negeri-negeri terbabit untuk mendapatkan perkenan mereka.

Abdullah berkata, pendekatan itu adalah prosedur sama yang dilakukan dalam pelan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Difahamkan, pelan pembangunan Koridor Utara akan dilancarkan pada akhir bulan ini.

Menurut Perdana Menteri, pembentukan koridor-koridor itu bertujuan menggunakan kekuatan sedia ada negeri-negeri terbabit melalui pengenalan langkah-langkah dan insentif bagi menggalakkan pelaburan, pertumbuhan perniagaan dan kakitangan.

‘‘Kerajaan juga akan memberi perhatian khusus kepada produktiviti pertanian dan pembangunan luar bandar yang merupakan faktor dominan dalam ketaksamaan ekonomi,’’ katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

———————————————————————————————————————– Rulee fikir:

Berita dari Utusan.com di atas adalah dirujuk.

Saya rasa PM Malaysia adalah seorang yang amat keliru tentang matlamat hidupnya. Juga janji-janji pilihanrayanya sangat mirip janji-janji pilihanraya ahli-ahli politik biasa. Tak ada beza PM dengan orang-orang yang tidak ada matlamat hidup. Oleh kerana orang biasa seperti saya tak dapat berjumpa dan berbual secara langsung dengan PM, maka apa yang dilaporkan oleh akhbar dan media massa lain menjadi bahan rujukan saya. Setelah hampir 50 tahun merdeka dan menghadapi pertumbuhan masalah sosial yang berkait rapat dengan pembangunan, hebahan PM ini adalah suatu kepandiran yang amat ketara. Dalam proses dan usaha bagi mendapatkan perincian kepada peningkatan terhadap jenayah di serata negara, PM tidak langsung menyentuh mengenai perlunya pembangunan sosial, iman dan akhlak di kalangan rakyat Malaysia mengatasi pembangunan korodor-koridor yang disebutkan. Pada ketika yang lain bila PM ada menyebutnya, ia hanya merupakan seperti ucapan-ucapan umum yang tidak ada atau tidak disusuli dengan satu pelan tindakan dan tindakan-tindakan yang menimbulkan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha pembangunan insan yang sebenar untuk rakyat jelata serta pembasmian kepada kerosakan-kerosakan dalam sistem-sitem pentadbiran negara menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa serta budaya kerja acuh tak acuh dikalangan pegawai dan kakitangan.

Kita semua tahu siapakah yang akan mewarisi keuntungan yang berlambak-lambak dari pembangunan koridor-koridor Utara, Timur, Sabah dan Sarawak ini – Umno dan kroni-kroninya.

Dari manakah akan datangnya wang yang diperlukan? Meminjam lagi? Siapa pula akan membayarnya? Rakyat. Rakyat dengan itu memberi wang kepada Umno dan kroni-kroninya melalui pinjaman yang terhasil dari persetujuan kerajaan Malaysia dengan berbagai pihak. Adakah semua itu akan dihebahkan kepada rakyat? Tidak.

Apakah yang lebih penting bagi rakyat – koridor-koridor atau pendidikan percuma, kesihatan percuma dan kos hidup yang jauh lebih murah?

Jadi, apa tujuan PM menghebahkan program-program mega, yang lebih hebat dari projek-projek mega Mahathir, ini? Cuba kita fikirkan.

Adakah projek-projek mega Dolah Badawi akan menghasilkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing, bersikap dan berpemikiran global? Cuba anda rapati kontraktor-kontraktor yang berpotensi mendapatkan habuan dari projek-projek mega ini. Dalam “kepala hotak” mereka hanya soal duit, duit dan selamanya duit. Pergi jahannam dengan soal lain. Jauh sekali memikirkan bahwa mereka adalah di antara golongan di barisan paling hadapan membentras pembaziran, korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Dengan sebab ahli-ahli perniagaan “perut buncit” inilah negara Malaysia terus dilanda keburukan-keburukan dari segi pembangunan insan dan akhlak rakyat. Keburukan-keburukan yang menjuruskan rakyat ke kancah kemelesetan dan kedaifan ilmu, pengetahuan, teknologi dan keupayaan inovasi dan kreativiti. Itu disebabkan banyak wang dilaburkan untuk menambah timbunan harta dan kekayaan golongan tersebut, kebanyakannya dari kalangan Umno dan kroni-kroninya, dari dilabur kepada pembangunan insan dan pemikiran global. Ciri-ciri mereka (ahli perniagaan “perut buncit”) ini sungguh mengaibkan. Sentiasa bermegah, dan hanya menjaga kepentingan hidup mereka dan keluarga mereka. Mereka pantas bersaing sesama sendiri dari segi kemewahan. Akhirnya, menerusi kuasa mencantas para pesaing mereka, yang berpotensi menjadi lebih tinggi status kekayaan dan kekuasaannya.

Siapakah dalam BN yang diketuai Umno boleh menjadi contoh terbaik untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia? Betul, begitu payahnya nak mencari walau satu nama.

Wahai Rakyat Malaysia, kita mesti mencari sesuatu yang Baru dan lupakan BN. BN akan menghancurkan negara ini di masa depan seperti apa yang telah berlaku kepada Indonesia, Filipina dan tempat-tempat lain. Sejarah-sejarah luar negara sepatutnya menjadi amaran dan iktibar kepada kita semua. Kita menginginkan Kerajaan Baru yang menjanjikan perubahan untuk keselesaan rakyat dan keselamatan mereka yang lemah serta mengutamakan keperluan rakyat dari segi sara hidup yang berpatutuan, keperluan kesihatan dan pendidikan. Yang lebih hebat ialah pembaharuan itu nanti adalah pembaharuan yang tidak mengenal bulu, walaupun mereka orang-orang Umno dan BN. Pemerintahan Kerajaan Baru yang sedemikian akan menganggap ahli-ahli Umno dan BN adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang wajar mendapat hak yang saksama dalam semua bidang. Umno selama ini hanya menjaga kepentingan ahli-ahli Umno.

Jadi, pilihlah yang Baru, lupakanlah BN.

Leave a Reply